Wednesday 16 March 2011

Jangan takut.....

Penghidap diabetes boleh makan coklat

Dalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.
Oleh itu anda jangan takut, sila dapatkan nasihat doktor..

Wednesday 9 March 2011

Gift utk orang tersayang 09/02/2011

Rm 20.00/box

Adakah coklat menggemukkan???

Coklat tidak menggemukkan
Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangna orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat nadan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik menasihat mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumalh dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan:”…coklat boleh dimakan secara sederhana.”

Thursday 3 March 2011

Coklat di salah anggap???

Coklat selama ini dianggap sebagai makanan junk yang tidak mempunyai nilai pemakanan malah boleh memudaratkan kesihatan badan. Oleh yang demikian, kajian-kajian telah dijalankan bagi mendapatkan fakta sebenar. Hasil daripada kajian-kajian tersebut telah membuktikan beberapa kenyataan berkaitan kebaikan dan khasiat coklat.

Minuman koko mengandungi kafein yang lebih rendah berbanding dengan minuman-minuman lain yang terdapat di pasaran.
Coklat atau produk olahan dari buah koko adalah makanan yang sihat. Pohon koko yang menghasilkan buah yang selanjutnya diolah menjadi coklat terdiri menjadi tiga macam, yaitu criollo, forastero dan trinitario. Koko jenis criollo mempunyai rasa yang kompleks dan lembut, tetapi cita rasa coklatnya kurang kuat, sementara forastero memiliki cita rasa coklat yang kuat. Sedangkan trinitario merupakan hasil persilangan antara criollo dan forastero.


Khasiat coklat untuk kesihatan adalah sebagai antioksidan, antioksidan dalam coklat diperolehi dari biji koko yang mengandung antioksidan flavonoid yang berguna untuk menahan radikal bebas. Namun, khasiat antioksidan ini sangat tergantung dari kadar koko dalam coklat yang anda gunakan, semakin besar kadar kokonya, maka semakin besar manfaat antioksidan dalam sebatang coklat. Untuk melihat kadar antioksidan dalam coklat dapat dilihat pada komposisi di luar kemasan coklat tersebut atau dapat pula dari warna coklat itu sendiri, semakin gelap suatu coklat, semakin besar kadar koko yang terkandung di dalamnya. Khasiat antioksidan yang terkandung dalam flavonoid dalam biji koko sebanding dengan 6 epal atau 4,5 cawan  teh.


Selain sebagai antioksidan, coklat juga berkhasiat membantu tubuh beristirahat atau mengurangi susah tidur. Khasiat ini terkandung dalam protein yang terkandung dalam biji kakao, protein yang kaya akan asam amino triptofan, fenilalanin dan tyrosin.
Khasiat lainnya adalah coklat mampu membekalkan kalsium dan magnesium untuk tubuh. Oleh kerana itu coklat bermanfaat untuk membuat anda bersemangat kembali.