Tuesday 21 June 2011

Kek Coklat Kukus...

Cara membuatnya..Kek Coklat Kukus (very moist)

Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur


Cara : Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .

TOPPING COKLAT ....

Bahan-bahan:
250 g coklat masakan } potong kecil2
1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping cream
sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional

Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.

Selamat mencuba...

Sunday 19 June 2011

OnestopBazzar@Maeps Serdang

DoubleHeart Chocolate mengorak langkah setapak lagi. Sekarang DoubleHeart mempunyai gerai yang beroperasi setiap Sabtu dari jam 4.00ptg hingga 1.00 pagi.
Suasa bazzar pada waktu 6.00 petang, suasana yang sungguh mempersonakan apabila sinar matahari mula meninggalkan cahayanya untuk memberi laluan sinar bulan...
Sungguh mempersonakan kejadian Allah..menjelang malam...

OnestopBazzar pada waktu malam, disana ada berbagai jualan..sesuai untuk membawa keluarga berjalan jalan pada malam minggu...


 Di Bazzar juga ada tempat makan-makan, banyak juga gerai makan..sesuai untuk mereka yang berkeluarga..
 Haaaaa....ini dialah barang yang DoubleHeart Choc jual..ok tak..ada oreo choc, loli choc & banyak lagi..tak lupa juga coklat yang di display...manalah tahu..kot-kot ada orang nak buat tempahan..Untuk makluman semua DoubleHeart membuka tempahan coklat...

 Disana juga ada skin besar untuk para pengungjung yang hadir.

Parking lot juga mudah....

Datanglah beramai-ramai & kunjunggilah gerai DoubleHeart...







Tuesday 14 June 2011

Untuk si comel....


Ada berbagai bentuk & rupa...seperti kereta lumba, bola, T-rex, belon, bunga dan banyak lagi..
Tak sempat nak buat ...
Tempahan untuk 500 biji keatas ada potongan...

Sedapnya...Chocolate box

Coklat Love ini saiznya 'L'
Kami ada saiz 'M' & 'S'

Sunday 5 June 2011

Buah Tangan Majlis Perkahwinan (Taiping 4/6/11)


Terima kasih kepada pengantin, semoga kekal sehingga akhir hayat hendaknya...Ada berbagai bentuk dan warna..harga boleh dirunding mengikut jumlah...

Selamat hari guru


Selamat hari guru kepada guru-guru di Malaysia...jasa anda kami tidak boleh kami lupakan, kerana mendidik anak bangsa.
Tempahan berbagai bentuk @ gambar boleh dibuat...
........Terima kasih cikgu...

Hari Guru


Hadiah untuk Majlis Hari Guru Sk Jalan Gurney 2 Kuala Lumpur baru baru ini...Terima kasih kepada guru-guru Sk Jalan Gurney Kuala Lumpur atas sokongan anda..Terima kasih.

Tempahan daripada Cikgu Zana Sek Men Sains Selangor..

..Terima kasih cikgu, atas sokongan..Tempahan semperna Hari Guru Smk Sains Selangor...
Nanti boleh order lagi...

Tempahan daripada Ibu Midah..Taska Cergas Gemilang


Terima kasih lain kali boleh order lagi...
Tempahan boleh mengikut citarasa anda.